Monday, November 29, 2010

SPM oh SPM...



Hari ini sudah 5 hari Along berhempas pulas menjawab soalan SPM.
5 hari lagi harus dihadapi. Jerawat Along pun makin banyak,
tension exam agaknya.

Mama terasa juga bersalah sebab sepanjang masa ayat skimanya ialah...
~ Buku dah baca Long,
~ Sebulan ni aje Long nak study mautnya
~ Jangan menyesal kemudian Long
~ Dah solat belum Long,
~ Bangun Long dah pukul 5 pagi ni... Hari ni periksa Long.
Bangunlah Along oi.........
~ Adik, jangan kacau Along, Along nak study tu.
~ PC, Laptop, FB, PSP, Game, After Effect semua tu lepas ni sampai nak
muntah mengadap pun tak apa.
~ Komputer ni lepas ni nak menongeng sampai ke langit biru pun tak apa.

Along pun dah hafal skrip mama hehehe ^__^
Mama punya risau macam lebih dari Along, hehe kadang-kadang
mama rasa macam mama pun periksa juga, cuma mama tak study
macam Along je, sbb mama cuma study ilmu FB dengan
ilmu rumahtangga je kui kui kui.

Tiba-tiba semalam Along berkata:::
~ Along risaulah mama kalau Along tak dapat 10A
~ Camana ye. Semua orang harap Along dapat 10A
Mama jawab:
~ Tak apa Long, Along sudah berusaha,
sekarang adalah waktu untuk bertawakal.
Percaya pada diri sendiri. Teruskan berusaha untuk paper seterusnya.
Trust yourself dear, mama tau Along boleh buat InsyaAllah.
Jangan berhenti berdoa, solat dan bertawakal kepada Allah.

Ramainya pada semua yang masih mengasihi Along,
bertanyakan khabar peperiksaan Along.
Terima kasih kerana mendoakan Along,
memberikan sokongan padanya...

Terima kasih buat
Bonda tersayang,
Ngah, K.Ngah, Tam, Cik Mat, Ateh, Mammy Teh, Adik, Padlee, Acu, K.Uda,
Mek, Jan, Teh, K.Limah, Umi, Ila, Fara, Nisa, Along Buzz,
serta semua sahabat handai, rakan taulan, waris warah yang lain
yang tak tersenarai oleh Mama
yang menyayangi kami, Alhamdulillah.
Hanya Allah mampu membalas kebaikan kalian.

SEMOGA ALONG KESAYANGAN KITA BERJAYA, INSYAALLAH
Kita mencuba, berusaha, berdoa dan bertawakkal,
selebihnya adalah perancangan Allah kerana dia yang MAHA MENGETAHUI,
tiap sesuatunya ada hikmah disebaliknya,
kita hambanya redha dan tabah sahajalah..



Thursday, November 25, 2010

Hari Yang Ditunggu Telah Tiba - Part 2

15 November 2010
- Waktu yang ditunggu-tunggu oleh mama yang menentukan percaturan hidup mama pun tiba.
- Awal2 lagi mama dah berkampung dengan air kopi sekole di hadapan lappy kesayangan mama.
Bila waktunya tiba mama dah pun bersedia di bersama laman sesawang egtukar....

Semakan kali 1 : 12.01 am : Permohonan anda sedang diproses
-----> mama sabar
Semakan kali 2 : 04.00 am: Permohohan anda sedang diproses
-----> pun mama sabar
Semakan kali 3 : 05.00 am: Permohonan anda sedang diproses
-----> pun mama sabar lagi
Semakan kali 4 : 06.00 am: Permohonan anda sedang diproses
-----> mama cuba menyabarkan diri
Semakan kali 5 : 06.05 am: Permohonan anda sedang diproses
-----> mama punya kesabaran dah nak menipis ni... lappy dah cam nak kena bakar
Semakan kali 6 : 06.15 am:
-----> Permohonan pertukaran anda ke Pahang tidak diluluskan.

Sila cetak surat di bawah dan kemukakan satu salinan kepada Pengetua/Guru Besar.

-----> mama terkaku dihadapan lappy, suara macam terlekat direngkung mama, terus terus check kawan mama punya keputusan pun sama juga... terus telefon Fara dan Massuza... nasib pun sama.

Telefon bonda tersayang:
Mama : Mak de tak dapat tukar, perancangan Allah adalah yang terbaik mak.
Mak : Tak apalah sabar ajelah, tak boleh merayu ke
Mama : Tak apa mak, nanti de buat surat rayuan, cubaan terakhir, insyaAllah. Mana tau ada rezeki.

Mesej semua adik beradik mama, dan rakan-rakan tersayang.
Alhamdulillah, mama redha. Allah knows better
Moga mama dan rakan2 yang senasib tabah sentiasa, InsyaAllah.

Penantian Part 2 telah berakhir. noktah.

Thursday, November 11, 2010

Hari Yang Ditunggu telah tiba ... (Part 1)


11.11.10.... Hari yang dinanti2kan oleh adik, mama, dan guru-guru akhirnya tiba. Adik ke sekolah hari ini dengan harapan yang sarat dan doa restu mama

Adik: Mama jgn lupa datang hari ini

Mama: Ok nanti pukul 10 mama datang insya Allah.. take care k.

7.30 pg: Lambatnya waktu berlalu

8.00 pg: Mengajar lagi..

9.00 pg: Aisehhhhhhh baru kul 9.00 pg

10.00pg: Mama dah terpacak di SK Batu 7

Adik: Awalnya mama datang, Pukul 10.30 pg baru mula mama

Mama: Ok sayang no hal..

10.30 pg: Laaaaaaa mana Guru Besar ni tak balik lagi

10.45 pg: GB balik...

GB: Maaflah semua saya lewat sedikit, Keputusan bagi daerah Dungun adalah tempat ke2 dlm negeri Terengganu... bla bla bla bla.......................................... n bla bla bla bla.......

Ibu bapa: Bila nak mula bagi ni... Cepat leeeeeeeee

GB : Muhammad Zuhri b Kamaruzzaman.

Tik tok Tik Tok....

Dup dap dup dap

Jantung mama nak gugur

Adik berjalan ke arah Sir Maulud mengambil keputusan sambil memandang ke arah mama. Adik menerpa mama dengan air mata yang penuh bergenang, mama cuba menguatkan hatiku, tapi tertewas juga, air mataku gugur jua, Adik dapat 3B 2C aje mama, sambil teresak.. Aghhh..... hati tabahlah... Aku mesti lebih kuat dari dia... Tapi aku tak mampu bila esakannya bergema, kalau hatinya pedih, hatiku lebih pedih lagi melihat kesedihannya...

Mama : Its ok sayang, adik dah cuba yang terbaik...Alhamdulillah adik lulus semua mata pelajaran, sabar ye sayang. ini bukan pengakhiran hidup adik...baru UPSR.. banyak lagi cabarannya PMR dan SPM nanti... Kupeluk dia kuusap kepalanya kurenung jauh ke dalam matanya. Adik buat yang terbaik dalam PMR dan SPM nanti ok.

Dia mengangguk... dihujung tangisnya ku lihat ada sejuring senyuman. Moga kami tidak menangis lagi.

Itulah secebis dari kenangan semalam, biarpun hanya beberapa minit drama pendek kami, tapi kami tetap bersyukur, Alhamdulillah adik lulus semua mata pelajaran. Keputusan UPSR bukanlah segala-galanya... Ia adalah batu loncatan menuju suatu perjalanan yang masih terlalu jauh dihadapan, onak dan ranjau masih banyak. Semoga rahmatNYA sentiasa bersama keluarga kecil kami... Semoga DIA memberikan petunjukNYA kepada kami dalam melalui hari-hari yang mendatang InsyaAllah...