Friday, December 3, 2010

Hari Nan Indah

2 Disember muncul lagi... Sudah 40 kali mama melalui 2 Disember.
Kali ini suasananya, perayaannya, keadaannya, kemeriahannya,
memang berbeza sama sekali.
Kadang-kadang dikala mama terasa yang mama bersendirian
di ruang yang paling sepi sekali, jauh dari sebarang keriuhan,
di ruang paling dalam, yang paling fana, dilupakan
tapi rupanya masih ramai yang menyayangi
dan mengingati mama Alhamdulillah.

Terima kasih buat...
Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Bonda kesayangan mama,
Along dan Adik kecintaan mama,
Keluarga mama,
Rakan-rakan kesayangan mama,
Anak-anak didik mama,
Insan2 yang memberi makna paling dalam, dalam hidup mama.

Tanpa kalian
Tiadalah mama,
Sepilah dunia,
Fanalah maya,

Maka,
Tiadalah Maknanya Sebuah Kehidupan

ALHAMDULILLAH

Kerana
KU ADA KAMU,
Ku ada kasihmu,
Ku ada sayangmu,
Ku ada cintamu,

MAMA
Kasih
Sayang
Cinta
KAMU