Friday, June 26, 2009

Froggy Story

Read this story sy dpt dr Halimatul Saadiah from group Kelakarnya; Very nice story.
Once upon a time there was a bunch of tiny frogs....
who arranged a running competition.

The goal was to reach the top of a very high tower.


A big crowd had gathered around the tower to see the race and cheer on the contestants....

The race began....


Honestly:


No one in crowd really believed that the tiny frogs would reach the top of the tower.


You heard statements such as:

"Oh, WAY too difficult!!"


"They will NEVER make it to the top."

or:


"Not a chance that they will succeed. The tower is too high!"





The tiny frogs began collapsing. One by one....


Except for those, who in a fresh tempo, were climbing higher and higher....


The crowd continued to yell,
"It is too difficult!!! No one will make it!"

More tiny frogs got tired and gave up....


But ONE continued higher and higher and higher....

This one wouldn't give up!







At the end everyone else had given up climbing the tower. Except for the one tiny frog who, after a big effort, was the only one who reached the top!

THEN all of the other tiny frogs naturally wanted to know how this one frog managed to do it?





A contestant asked the tiny frog how he had found the strength to succeed and reach the goal?

It turned out....


That the winner was DEAF!!!!







The wisdom of this story is:


Never listen to other people's tendencies to be

negative or pessimistic....
because they take your most wonderful dreams and wishes away from you -- the ones you have in your heart!

Always think of the power words have.

Because everything you hear and read will affect your actions!

Therefore:


ALWAYS be....


POSITIVE!


And above all:


Be DEAF when people tell
YOU that you cannot fulfill your dreams!


Most people walk in and out of your life......but FRIENDS leave footprints in your heart

In two days tomorrow will be yesterday. Today is no special day and I have no particular reason for writing to you... I have no news to tell you.... nor any problems to discuss with you.... or gossip to tell you... It's only one of those happy moments ... when I thought of you... and I would like to share these thoughts with you...
MANY SMILES BEGIN BECAUSE OF ANOTHER SMILE...




To The World You Might Be One Person; But To One Person You Might Be the World.

Tuesday, June 23, 2009

Coop,s Day


Semalam Jun, 23 Hari Koperasi Sekolah 2009. Oleh kerana aku one of Koop punya ALK busy jgklah sket2.... Yg banyaknya pura-pura busy. Ini untuk memenuhi takwin ANGKASA yang mewajibkan setiap koperasi membuat Hari Koperasi sekolah...
Tentatifnya mula dgn ucapan drf org2 besor ANGKASA juga Menteri Pelajaran. AKu kena baca teks ucapan YDP ANGK ASA... Pehhhhh perasan jgklah kejap cam Datuk2 n Datin2. Acara dirasmikan oleh Pengetua. Ada acara belah kek pastu untuk memeriahkannya ada plak menanam2 pokok.. simboliklah tu. Punyalah payah rupanya nak cari pokok yang sesuai dgn acara ni... diaorg kata beli aje pokok apa2 tapi tulah tak ada plak pokok apa2 kat situ...
Razi n Shahirah dapat anugerah koperator terbaik. Memang patut pun diaorg ni memang rajin... Nasib baik duduk koop untuk bertugas tu kejap jer kalau tak abis ngan bendahari koop pun diaorg jual. Kalau bukak kedai runcit @ kedai makan memang laku berniaga nih. Semoga tahun ni KOOP untung berbilion-bilion

My new experiment

Alhamdulillah akhirnya dapat juga menyiapkan kek untuk Alya ni... thanks ila for believing n supporting me. Doing all those related to food ni memang best. i love it very much. maklumlah anak Mak Long Sanah the caterer hehehe. Part memasak ni memang best, part makan lagi best tapi part berat badan yg makin bertambah ni yang paling tak best huhuhu... Moga rezeki makin murah... InsyaAllah

Monday, June 8, 2009

At Last May 30 has come


Akhirnya adik kesayangan kami semua selamat diijab kabulkan...Alhamdulillah....
Serasakan kecik jer lagi adik, tak sangka dah jadi isteri orang... rasa cam baru semalam kena mengasuh adik , mengayun buai adik, mengetip kuku adik hingga luka hehehe... adik jatuh tangga lelangit luka kena penyepit rambut... tapi hari ni dah besar pun, dah nak jadi mak orng pun.... Zaman atih n adik tak sama ngan zaman tam, de n ngah... Zaman kalian lebih senang... mak dah mula berkantin... tapi rugi jgk dik sbb tak merasa merayap n melasak di hutan belakang rumah, memanjat pokok, menggetah burung kelicap dgn ngah, melastik burung, main lambung getah, main konda-kundi sampai nyaris kena mata tam, mencangkul cari cacing untuk memancing sampai tercangkul kepala tam, mandi sengai sampai merah mata dan macam2 lagi yang sememangnya sangat menyeronokkan... Adik memang lain dari kami semua fizikal n mental... adik cam mak sawo matang, kaki adik memang gedabak dari kami....hehehe adik masih ingat tak sandal adik yang kembang sebab de pakai masa mengandung tuh.. hehehe mesti tak lupa kan... adik pun jauh lebih cerddik dari kami semua huhuhu.... tapi itu sumer tak menjarakkan ikatan kekeluargaan antara kita kan....kan... kan...

De doakan semoga adik de yang kuat merajuk ni bahagia hingga ke anak cucu dgn cinta hatinya padlee... dunia dan akhirat... insya Allah... Semoga keluarga kecil haji Hussin n Hajjah Hasanah sentiasa bersatu hati dalam apa jua hal, insyaALLAH.

Kerana kita telah memilih menjadi guru

Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka bersedialah menjadi ibu dan bapa sepanjang hayat
Melayani sejuta permintaan, memujuk sejuta tangisan
Sedang diri terus menyala dalam siang dan malam
Di dalam gua gelita itu tetap menjadi lampu
Malah di mana-mana cahayanya menusuk dan menyebar
Ke dalam generasi diri

Kerana kita telah memilih untuk menjadi guru .....
Maka bersedialah menjadi kekasih sepanjang hayat
Mengasuh cinta dengan penuh airmata
Segala resah dan gelisah, gundah dan pasrah
Harapan demi harapan tidak kesampaian
Hasrat demi hasrat tidak juga langsai
Sementara yang berjaya tidak membalas kasih
Yang gagal memberi cemuhan

Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka bersedialah menjadi papa sepanjang hayat
Hanya berbahagialah dengan sejuta pengalaman
Kemahiran dan ilmu yang saling melengkapi
Kenangan melankolik dan nostalgik
Dalam kepuasan menunaikan ibadah
Melaksanakan fitrah

Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka bersedialah menjadi pejuang yang berani
Dengan falsafah pembangunan generasi
Di atas landasan menuju kecemerlangan
Dengan perpaduan yang utuh dan kegigihan berterusan dengan keikhlasan
Dengan keikhlasan dan kreativiti pendita
Membina keinsanan seimbang pewaris zaman

Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka bersedialah menjadi peneroka sepanjang hayat
Merintis jalan ke hadapan, menjana perubahan sejagat
Dan kemudian bersyukurlah
Selagi nyawa dikandung badan


Jissman, dulu, kini dan selamanya.....

Teachers Day 2009


love mySeperti tradisi-tradisi yang lalu.... 16 Mei adalah hari kebesaran setiap insan bernama guru.... Tanpa sedar sudah 17 tahun rupanya aku merayakan hari keramat ini.... Tapi kemeriahannya tidak seperti 10 tahun yang lalu... Kadang2 cam a terasa betapa cikgu2 syok sendiri pun ada.... di sekolah rendah dulu sememangnya aku terasa kemeriahannya, tapi di sekolah menengah ni sudah tak terasa lagi kemeriahannya.... hanya kami yang merayakannya bersama2 sekelompok pelajar yang masih rasa ingin meraikannya bersama guru-guru yang mereka sayangi manakala daksekelompok lagi lebih mengambil sikap acuh tidak acuh dengan tidak datang ke sekolah pada setiap 16 Mei. Namun ini semua tidak pernah menjadi kudis kepada kami guru-guru kerana semangat kami dan tanggungjawab kami adalah untuk mendidik anak-anak didik kami agar menjadi manusia yang berguna di dunia mahupun di akhirat.... insya Allah. I really profession..... Ya Allah semoga semangat ini takkan pudar hingga bila-bila... Wahai anak-anak didik ku semoga aku tak pernah putus asa atas setiap yang kalian lakukan....