Friday, August 20, 2010

T-O-Y-O-L


TOYOL- Bila bercakap pasal toyol ni mama teringat zaman kecil-kecil dulu..
Makhluk yg kepala botak, perut buncit, berbogel dan kerjanya mecuri duit untuk tuannya..


Tapi bila mama menyambung pelajaran rupanya ada lagi maksud lain Toyol ni...
TOYOL - TIPS untuk ORANG YANG OTAK LEMAH.

Di gunakan oleh manusia-manusia yang mencari jalan paling mudah untuk berjaya.
Sama ada di sekolah2, IPTA atau IPTS di mana-mana saja mereka mencari ilmu dengan mudah.
TOYOL in akan di jadikan sumber rujukan ketika menjawab soalan2 peperiksaan dalam bentuk nota2 kecil yang banyak sahaja tempat persembunyiannya... di celah tali leher, disebalik pakaian, tudung, bekas pensel, kalkulator dan tempat-tempat lain yang tak terduga
pun oleh akal mama seorang guru...


Entahlah mungkin mama pun tak sebagus mana, sebijak mana, tapi bagi mama proses mencari ilmu ini adalah suatu yg suci tp kdgkala selalu dicemari dengan kaedah2 yang tidak murni seperti ini. Mama mungkin masih boleh menerima jika anak-anak mama berbisik-bisik dengan rakan.... tapi dengan TOYOL ni..
Sebenarnya mungkinlah mama ni ortodoks sedikit...

Tapi terasa betapa apa yang mama curahkan pada anak-anak mama memang tidak lekat sedikit pun diminda anak-anak apabila anak-anak membawa TOYOL ketika exam. Betapa kecewanya hati seorang insan seperti mama apabila menangkap anak-anak
yang membawa TOYOL ini.

Betapa hati tua mama ini seperti di tusuk belati bisa.

Semoga suatu hari kalian akan sedar dan terbangun dari mimpi indah kalian ini...
bangunlah sebelum terlambat...
Sepandai-pandai tupai melompat suatu hari pastikan jatuh tersungkur jua...
Jgn sampai kalian memperjudikan masa hadapan kalian hanya kerana ingin
memperolehi kejayaan dengan jalan yang paling mudah....

Tiada yang mudah dalam hidup ini.
Suatu yang kita perolehi dengan usaha yang gigih,
dengan kesukaran akan terasa manisnya...

Mama hanya mampu berdoa agar kalian berjaya.
InsyaAllah jika kalian berusaha tiada yang mustahil...
Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat umatNYA...

Bangunlah sayang sebelum terlambat...
Mama tahu, mama hanyalah insan kerdil yang tak punya apa-apa,
yang bukan sesiapa pun yang cuma mengharap anak-anak berjaya
di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah...

Dalam hidup ini jangan sesekali putus asa. Perjalanan masih jauh...

Bangun dan teruskan perjalanan, jangan toleh ke belakang...

Allah sentiasa ada bersama kita ...
Berusahalah..

Tuesday, August 17, 2010

Terima Kasih Cikgu...

Lama betul masa mama ambil untuk mama menulis lagi...
Tahlah nak kata kekangan masa pun tak juga mungkin hanya kesibukan dengan diri sendiri...
Minggu lepas mama berjumpa dengan guru2 Along yang prihatin terhadap pelajarannya..
Alhamdulillah mama mendapat rakan2 yang prihatin n concern dgn pelajaran along...
Walaupun mama seorang guru, tapi dengan anak-anak mama hanyalah seorang ibu.
Kalau anak-anak berjaya.... semua tu adalah hasil jerih payah guru-gurunya mengajar.
Masih banyak kecuaian di sana dan di sini.
along ni kalau bab nak cepat dan edisi tangkap muat haish..
memang selalu...
Bila difikir-fikir rungsing juga...
TAPI...
InsyaAllah semuanya will go fine...
Selagi Along berusaha untuk memajukan diri tanpa putus Asa...

Keesokkannya,
Hari mengambil keputusan percubaan di sekolah adik dan
juga perjumpaan antara guru dan ibubapa.
Alhamdulillah dapat bertemu dengan guru-guru adik..
Kisahnya pun lebih kurang sama dengan Along...
Keputusan merosot.. Adik.. biasalah sengih-sengih jer bila cikgu mengadu...
Semoga adik bangun kembali dan terus berusaha lagi...
35 hari lagi UPSR dik...

Terima Kasih Cikgu

atas budi baik kalian yang tak mungkin dapat mama balas..
Semoga ALLAH membalas segala kebaikan kalian...
InsyaAllah

Sunday, August 8, 2010

Muslimah Memang Tak Guna ................



Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakankomen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

:: Rujuklah Eksiklopedia Larangan Bagi Muslimah sebagai panduan
::

(di forward dari iluvislam.com..)

__________________
" Hai, jiwa yg tenang. kembalilah kepada tuhan-mu dengan hati yg puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-ku. dan masuklah ke dalam syurga-ku" (al-fajr:27-30)

Saturday, August 7, 2010

Pisang Dan Hati.....


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!


Sweet words are easy to say, Sweet things are easy 2 buy, But sweet people are difficult to find Life ends when U stop dreaming, Hope ends when U stop believing, Love ends when U stop caring, Friendship ends when U stop sharing.

Friday, August 6, 2010

Kelas hari ini- Yong Tau Fu...


Alhamdulillah hari ini mama telah belajar membuat kuah yong tau fu kegemaran kami sekeluarga dgn adik kesayangan mama Nisa...
Hari ini pagi2 lagi spt rutin biasa ke warung k.yah pekena roti canai kemudian
mama ke pasar yang dah hampir berbulan mama tak pergi.
Motif utama beli barang untuk kuah yong tau fu dan persediaan untuk pot luck hari Isnin insyaAllah..
Jeng... jeng... jeng... Pukul 10 pagi terpacak mama, zuhri, along n fara di rumah nisa...
Wahhhhhhhhhhh memang sgt mudah tgk nisa tumbuk2, tumis, campak2 jer... tara dah siap.
Tak sampai setengah jam kuah pun siap..
Hanya - bwg putih, ikan bilis, lada boh, lada kecil, sos tiram, pati lembu, gula merah aka nisan(at ganu) tepung jagung n off airlah... hehehe..
Pastu adengan celur mencelur...
Then the best part makan sambil sembang2 dengan ahli2 mesyuarat tingkap sambil mengenang puasa yang dah nak dekat... mama, nisa, fara, zainon, zuli n anak2... makan sampai tak larat..
Entah bilalah lagi dapat berkumpul lagi seperti ini.......................... mama pun tak tahu..
moga kebahgiaan sentiasa sentiasa bersama kita insyaAllah...