Saturday, July 31, 2010

Masak-masak

Alhamdulillah hari ini sekali lagi mama dapat teruskan pengajian dalam masak memasak di MM Bakery... Terima kasih kak Zie. Terima kasih yang tak terhingga untuk Cikgu mama Cg Mazni yg cun.
Hari ini kelas kami belajar makaroni bakar, murtabak bakar, talam berlauk, talam keladi, talam pandan nyonya, serimuka pandan dan serimuka pulut hitam... Semuanya memang best best. Semuanya memang mama tak pernah buat... heheheh.... :)
Alahmdulillah kelas berjalan dengan baik... mama cam biasalah tunjuk skill yang tak seberapa, cam biasalah juga tumpahkan adunan 2 kali... Nasib baik sikit jer... Hehehe... gopoh tu tak pernah habis. Bila masak - memasak ni memang tak sedar waktu berlalu.
Seronoknya sebab dapat bertemu cikgu yang sangat sporting , tidak lokek dengan ilmu, upto date, penuh dengan pengetahuan masak memasak... Ahli-ahli korum pun ramai yang memang pro dalam masak memasak dan bussiness women.. Alhamdulillah ramai kaum wanita yang minat dalam bisnes masak memasak opssssss makanan. Mama cukup suka sebab dapat mengembangkan minat yang sedia ada,
Moga-moga satu hari nanti dapat kembangkan ke bisnes online yg sangat menjadi cita-cita mama, InsyaAllah... siapa tahukan.. hehehehe... Yeahhhhhhhhh go go go super mama. Tapi tak sempat nak upload gambar ... esok mama upload kay...

KU ADA KAMU....


Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Selagi Allah ada dihati kita insyaAllah semuanya akan berakhir dengan baik dan tenang....
Terima kasih buat semua yang TERSAYANG.....
Selagi ku ada kamu semua InsyaAllah aku kan terus berdiri disini..
Sayang kamu ..
- Mama -

Thursday, July 29, 2010

SeJiWa <----- Spring



Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa

Lagu yang penuh dengan memori....


Exam


E-X-A-M aka P-E-P-E-R-I-K-S-A-A-N

Bila sebut aje perkataan keramat tu baik anak darjah 1 mahupun yang dah nak lemau macam mama ni semua pun ketar lutut. Sebab ianya kau pengukur kejayaan seseorang tu...
Tadi adik pulang jer dari sekolah...
Adik: Wahhhhhhh leganya adik mama dah abis trial UPSR.
Mama: senyum... baru trial sayang.. belum betul2 lagi..
Adik: Risaulah mama nanti lepas jer raya terus periksa UPSR
Mama: Mama lagilah risau sayang oi... cuma tak citer jer..
Along : Cool je

Tahun ini Along dan adik akan menghadapi SPM dan UPSR.. sudah terlalu hampir..
Mama yang lebih takut dari anak-anak.
UPSR adalah tangga pertama untuk berpijak menuju ke SPM. Result yang baik akan menempatkan ke sekolah yang lebih baik.
Tapi.... SPM adalah penentu halatuju kehidupan di dunia.
Nak masuk U guna keputusan SPM, nak masuk matrikulasi pun guna SPM, nak minta kerja gomen pun guna result SPM, nak minta kerja swasta guna SPM, nak minta kerja jaga tandas pun kena tunjuk result SPM.

Dulu mama ingat lagi... mama selalu cakap pada along dan adik. Setiap kali lalu tepi jalan masa org tengah tar jalan mesti cakap.. kalau along dengan adik tak belajar betul2 tak dapat keputusan yang bagus sanggup tak nak kerja berpanas macam ni... Semakin tinggi kelulusan kita semakin selesa tempat kerja kita, semakin besar kuasa kita, yang pentingnya semakin tebal poket kita... hehehe... mama ni materialistik ke...

Tidak, cuba fikir kalau kita berpendapatan tinggi kehidupan lebih stabil dapat menyara keluarga dengan lebih baik... insyaAllah. Bila-bila masa pun boleh membantu insan lain yang lebih memerlukan... Insya Allah..

Risaunya seorang ibu tu... sebelum dilahirkan hinggalah bila2pun sentiasa risau...
Di hati mama Along dgn adik sentiasa anak kecil yg perlukan mama... hehehe..
Moga Along dan adik berjaya dalam SPM dan UPSR.. berjaya di dunia mahupun di akhirat.. insyaAllah

Thursday, July 22, 2010

Waktu yang berlalu

Salam semua...
Alangkah cepatnya masa berlalu... hari ini dah 10 Syaaban, 22 Julai 2010. 20 hari lagi ramadhan...
Dah tumbuh kulat sisir blog mama ni...
Waktu yang berlalu sesungguhnya takkan kembali lagi..
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah suatu perancangan yang tidak kita ketahui lagi keputusannya
Semoga kenang-kenangan semalam akan menjadi ingatan dan iktibar dalam melayari hari2 mendatang... Kadangkala mama sendiri pun tak dapat menduga apakah yang akan terjadi hari ini mahupun esok.. Kita hanya mampu merancang dan allah menentukannya.
Apapun yang terjadi mama redha... semua nya ketentuan allah setelah kita berusaha yang terbaik.. Mama percaya pada Qadak dan qadar Allah.....alhamdulillah..

Selagi kita berpegang pada tali Allah selagi itulah kita berada di pihak yang benar...
Hanya Allah yang maha berkuasa, padanya jua kita memohon dan meminta tanpa putus asa... Semoga kita semua berbahagia di dunia mahupun akhirat...
Moga kebahagiaan itu sentiasa dimiliki dalam melalui hari2 yang mendatang... Insyaallah. Semoga keluarga kecil kita sentiasa bahagia. Jika kita mendekati Allah, insyaallah Allah takkan lupa pada kita, percayalah...