Wednesday, October 27, 2010

INSYAALLAH


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astra

You’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Sunday, October 24, 2010

10 Petanda Si Dia Jodoh Kita

[Ditulis oleh Hj Abdul Samad]

Gunakan Seluruh Pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa telah tersurat di Loh Mahfuz. Tetapi bagaimana kita mengetahui si dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah swt mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan si dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri.” Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10.Solat Istikharah Dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah swt. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk Nya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada Nya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, October 21, 2010

Cinta Allah (Pahrol Mohamad Juoi)


Mama membaca lagi.... Marilah kita sama-sama bermujahadah demi Cintakan NYA


Cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tak semudah yang disangka. Jalan menuju Allah ini dinamakan jalan mujahadah. Mujahadah - dari jihad- berjuang bersungguh-sungguh penuh kegigihan dalam mencapai keredhaan dan cintaNYA.


Musuh cinta Allah itu ada dalam diri kita... hawa nafsu dan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita selamanya. Pengabadian kita pada Allah ialah bukti cinta kita. Seperti pepatah Arab.."Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintainya". Imam Al Junid,"Tanda orang yang cintakan Allah adalah sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih dari mengingatinya".


Ibadah mesti didorong oleh hati bersih serta tidak dicemari riak dan syirik. Hati yang ikhlas menyebabkan amalan yang sekecil mana pun akan menjadi besar dan bernilai di sisi
Allah. " Dan seseiapa yang benar-benar bermujahadah di jalan Kami akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang melakukan kebaikan" (AlAnkabut 29:69)


Apabila Allah hadiahkan cintaNya, kita akan rasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya, maka terasalah kemanisan iman. Ianya berkait rapat dengan cinta. Rasulullah s.a.w bersabda, " Tiga perkara yang sesiapa ada nescaya dia memperolehi iman iaitu Allah dan RasulNya dia lebih cintai selain daripada kedua-duanya (Allah dan Rasul), dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekufuran(maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api,"(Riwayat al-Bukhari,Muslim dan lain-lain;hadis sahih)


Kemanisan cinta tertinggi ialah betemu kekasihNYA. Pertama; Bertemu ketika hidup ialah ketika solat. Solat - berkata-kata dengan Allah melalui zikir dan doa. Kedua; bertemu secara hakiki melalui kematian. Orang yang rindukan kematian dan bersedia untuknya adalah orang yang mencintaiNYA. Sabda Rasulullah s.a.w "Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya." (riwayat Muslim no.4845)

Aku cinta padanya kerana aku mencintaiNYA...


Semua ini ku titip dari SOLUSI isu 23
--- > Sejauh mana cinta kita kepadaNYA
---> Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa , harta dan kematian..

Mama hanya ingin berkongsi apa yang mama baca . Sesungguhnya dalam hidup kita , kita sentiasa mencari untuk yang terbaik buat diri kita di dunia mahupun di akhirat, insyaAllah. Pabila mama baca isu ini terasa kerdilnya diri mama dalam mencari cinta, mungkin cinta mama yang mama agungkan hanyalah seperti setitis air di lautan yang luas ini... Di mana pun tempat mama di sisinya pun mama sendiri pun tidak tahu, semoga waktu yang masih bersisa, kesempatan yang masih terluang mama masih dapat menumpang di bumiNYA ini bertanam untuk akhirat yang abadi, insyaAllah...

Isu SOLUSI kali ini mmg amat menyentuh hati mama... lalu mama titipkan sedikit apa yg mama baca:

----> karya PAHROL MOHAMAD JUOI

Apakah itu Cinta? Menurut Imam Al -Ghazali, cinta itu ialah kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri seseorg kepada sesuatu atau seseorang lain yang boleh memberi kelazatan, manfaat dan sangat serasi dgn fitrahnya. apa fitrah manusia? Setiap manusia sangat menyenangi kesempurnaan dan keindahan, justeru itu, siapakah lagi Maha Sempurna dan Maha Indah melainkan Allah. Kerana itulah hanya Allah yang layak menjadi tujuan kecintaan.
Firman Allah:"Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaanya kepada Allah" (Al-Baqarah2:165)

Kita wajib mencintai Allah kerana Allah paling mencintai kita, lebih dr sesiapa sahaja yang telah, sedang atau akan mencintai kita. Sesiapa sahaja yang mencintai kita hakikatnya Allah yang menjadikannya dan Allah jua yang menitipkan rasa cinta itu untuk mencintai KITA. ---> Segala rasa cinta yang diluahkan oleh manusia untuk mencintai manusia lain adalah bersumberkan cinta kepada Allah...

...... setiap manusia memiliki hanya satu hati, tidak dua , tidak tiga. Apabila cinta Allah telah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta dalam satu jiwa. apabila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah yang seiring subut dengan kejahatan dan kekejiannya.

....... ada manusia bernasib malang, lahir dibesarkan dan akhirnya mati dalam keadaan tidak menemui cinta sejati. Ada bernasib baik, tiba-tiba arus kesedaran melanda. Embun hidayah melimpah dengan tiba-tiba. Lalu tersentak dia bahawa cinta itu bukan cinta yang sejati, ada cinta lebih hakiki... Itulah kecintaan ke atas Illahi..

Maka kerana itu jugalah aku cinta padanya kerana aku mencintaiNYA
Semoga rahmat dan cinta Allah masih bersama mama....

Thursday, October 14, 2010

Aku Cinta Kyra... Karya Ramlah Rashid




Kyra Idora, Kyrol Idham dan Hairee...

Dalam kemelut cinta...

Kyrol Idham;

Lestari wajahmu,

Terus bersemadi dalam kemelut perasaan ini

Kau terus bersina mewangi

Dalam resah kumencari erti

Rasa yang langsung tak pasti

Sayang, rindu, kasih dan...

Debaran di hati apakah erti?

Aku buntu, aku sungguh tak mengerti

Cintakah itu wahai hati,

Telah kutolak, lari bersembunyi , juga menyendiri

Namun tidak mudah membohongi diri

Aku penasaran sendiri

Dalam tidurku, gemersik suaramu

Waktu sedarku, ayu wajahmu,

Mengirim girang, membuat kubahagia bersamamu

Senyum dan tawa, tangis dan rajukmu menghiburku,

Namun...

Hanya memori!

Rencah rasa sepanjang meniti hari

Cara kubujuk hati ini

Namun, dari memori menjadai lestari

Merinduimu.... Itu yang pasti,,

Cinta, sayang dan kasih tiga makna dan rasa yang berbeza.

---> Cinta kepada seseorang lebih kepada ingin memilikinya, bimbang direbut orang lain dan berusaha sedaya mungin bersamanya setiap detik.

---> Rasa Sayang lebih kepada tanggungjawab dan sentiasa mahu yang tersyang selamt, gembira dan sejahtera.

---> Kasih pula lahir dari hati yang suci, bersih, satu rasa yang yang tidak dapat diwartakan...

Mencintai adalah hak aku, rasanya tidak berdosa jika aku menyimpan perasaan itu...

Namun kita semua hanya merancang, Allah penentu segala. Cinta wujud tanpa diduga. Hadir tanpa disengaja, berakhir jua tanpa dijangka

Lalu pasrahlah qadak dan qadar .

Monday, October 11, 2010

Aku Cinta Kyra... Karya Ramlah Rashid




Kyra Idora, Kyrol Idham dan Hairee...

Dalam kemelut cinta...



Kyrol Idham;



Lestari wajahmu,

Terus bersemadi dalam kemelut perasaan ini

Kau terus bersinar mewangi

Dalam resah kumencari erti

Rasa yang langsung tak pasti

Sayang, rindu, kasih dan...

Debaran di hati apakah erti?

Aku buntu, aku sungguh tak mengerti

Cintakah itu wahai hati,



Telah kutolak, lari bersembunyi , juga menyendiri

Namun tidak mudah membohongi diri

Aku penasaran sendiri

Dalam tidurku, gemersik suaramu

Waktu sedarku, ayu wajahmu,

Mengirim girang, membuat kubahagia bersamamu

Senyum dan tawa, tangis dan rajukmu menghiburku,



Namun...

Hanya memori!

Rencah raa sepanjang meniti hari

Cara kubujuk hati ini

Namun, dari memori menjadai lestari

Merinduimu.... Itu yang pasti,,



Cinta, sayang dan kasih tiga makna dan rasa yang berbeza.

---> Cinta kepada seseorang lebih kepada ingin memilikinya, bimbang direbut orang lain dan berusaha sedaya mungin bersamanya setiap detik.

---> Rasa Sayang lebih kepada tanggungjawab dan sentiasa mahu yang tersyang selamt, gembira dan sejahtera.

---> Kasih pula lahir dari hati yang suci, bersih, satu rasa yang yang tidak dapat diwartakan...



Mencintai adalah hak aku, rasanya tidak berdosa jika aku menyimpan perasaan itu...



Namun kita semua hanya merancang, Allah penentu segala. Cinta wujud tanpa diduga. Hadir tanpa disengaja, berakhir jua tanpa dijangka



Lalu pasrahlah qadak dan qadar tiu milik kita... InsyaAllah

Pesanan Untuk Pari Ibubapa...




MENANGANI ANAK


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah.
Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.
Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...



DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.



BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba lace kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."



HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."



USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.
Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.



501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

Saturday, October 9, 2010

Kotak Hati ----> hujan

tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

terang terang
bersama rasa sayangku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Sepi..... Dari filem Sepi..

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku