Thursday, July 22, 2010

Waktu yang berlalu

Salam semua...
Alangkah cepatnya masa berlalu... hari ini dah 10 Syaaban, 22 Julai 2010. 20 hari lagi ramadhan...
Dah tumbuh kulat sisir blog mama ni...
Waktu yang berlalu sesungguhnya takkan kembali lagi..
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah suatu perancangan yang tidak kita ketahui lagi keputusannya
Semoga kenang-kenangan semalam akan menjadi ingatan dan iktibar dalam melayari hari2 mendatang... Kadangkala mama sendiri pun tak dapat menduga apakah yang akan terjadi hari ini mahupun esok.. Kita hanya mampu merancang dan allah menentukannya.
Apapun yang terjadi mama redha... semua nya ketentuan allah setelah kita berusaha yang terbaik.. Mama percaya pada Qadak dan qadar Allah.....alhamdulillah..

Selagi kita berpegang pada tali Allah selagi itulah kita berada di pihak yang benar...
Hanya Allah yang maha berkuasa, padanya jua kita memohon dan meminta tanpa putus asa... Semoga kita semua berbahagia di dunia mahupun akhirat...
Moga kebahagiaan itu sentiasa dimiliki dalam melalui hari2 yang mendatang... Insyaallah. Semoga keluarga kecil kita sentiasa bahagia. Jika kita mendekati Allah, insyaallah Allah takkan lupa pada kita, percayalah...

No comments:

Post a Comment