Monday, July 25, 2011

Kecintaan Mama

Alhamdulillah hari ini hari ke 44 mama di SMTPC.  

Pejam celik, pejam celik tak terasa waktu berlalu. 
Hmmmm tp mama masih lagi sedang belajar mencintai Bahasa Melayu 
di sebalik cinta  mama terhadap fizik yang tak mungkin akan padam insyaAllah.
Semua kawan-kawan mama tanya : 
Macamana mengajar BM ok ke?
Mama jawab: Alhamdulillah OK. 
Walaupun mama masih bertatih-tatih tapi mama akan mencuba sebaik mungkin.
Walaupun kadang-kadang ada suara-suara sumbang anak murid:
Cikgu perenggan pendahuluan ni kena......, 
Cikgu penutup...., Cikgu ibubapa ni jauh ke dekat, 
Cikgu apa makna arakian ni... cikgu itu dan ini
dan macam-macam pertanyaan lagi yang kadang-kadang mama boleh jawab 
dan kadangkala selepas tanya yang lebih pakar baru boleh jawab. 
TAPI walaupun agak sukar dan banyak yang perlu mama belajar
mama masih tak putus asa... Profesyen ini masih lagi menjadi kecintaan mama yang Wahid.
Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.
Semoga Allah permudahkan semua urusan mama.
Yeahhhh Mama BOLEH... kui kui kui :)

Dalam kesibukan kerinduan tetap ada pada cinta hati mama yang jauh di mata.. huhuhu 
MISS U ALL DEAR..

2 comments: