Tuesday, July 26, 2011

Pagi Yang Indah

Alhamdulillah hari ini mama dapat menghirup segarnya udaramu kekasihKU.  Alhamdulillah kerana hari ni pepagi mama boleh memblog hehe....( sambil jengah kiri kanan takut pengetua lalu hehe)
Pepagi tengok anak-anak assambly, hmmm tabiat dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah dahlah lewat masih lagi lenggang-lenggang 
kangkung. Bilalah nak berubah.Tak ada rasa bersalah langsung, sembang-sembang, gelak-gelak, walaupun majlis dah bermula, 
 walaupun banyaknya mata memandang, merenung, 
menjeling dengan sinis.  Itulah anak-anak.
Mama mengeluh, "Anak-anak bilalah kalian nak berubah?"
Tiba-tiba satu suara menyampuk: "Hmm kami dah penat dah nak marah-marah ni, 
Dah tak berdaya dah nak tegur diaorang ni. 
Kita tegur diaorang untuk kebaikan diaorang akhirnya kita semula pula yang kena balik."
Hmmmmmmmmm lagi panjang keluhan mama. 
(kalau mak tau mama mengeluh mesti kena marah: tak baik mengeluh)
Hampir 18 tahun mama menjadi cikgu,  i loveeeeeeeeeeeeeeeeeeee this profession so much...
Kecintaan yang tak pernah padam.  Ada 15 tahun lagi ruang mama untuk berbakti.
Ya Allah semoga janganlah Kau jadikan hati mama bosan terhadap anak-anak didik mama.
Semoga Kau berikan kesabaran pada mama dalam mendidik anak-anak mama ini.
Semoga mulut mama tak jemu memarahi, menegur, mencubit (kalau terpaksalah hehehe...) anak-anak semua.
Bagi mama, semua tu sebab mama SAYANGkan korang semua.
Kalau mama dah jemu tu maknanya dah lupuslah kasih sayang mama buat korang semua.
Walau apapun korang lakukan, seteruk dan seburuk pun korang tetap 
anak-anak mama yang wajib mama didik.
Ya Allah semoga Kau kurniakan  kesabaran buat mama
Ya Allah semoga Kau kurniakan kasih sayang yang melimpah ruah di hati mama

LOVE U ALL DEAR

4 comments:

  1. Assalamualaikum mama fie.

    hehehe. jadi cikgu ni mmg kena sabar banyak kan? haha.

    apa2 pun, bersabar jelah dgn perangai anak murid tu. mungkin hari ni geram, esok2 jadi kenangan yang kita akan rindukan saat2 tu. hehe. btul tak?

    ReplyDelete
  2. mama mmemang seorg guru plg the best laaa.. :')

    ReplyDelete
  3. yes dear... sbb tu apapun sentiasa sematkan dalam hati diaorang semua ni anak mama so... marah2 sebab sayang...

    ReplyDelete
  4. mama fi, fya nk sgt jd ckg. sk nk ajar2. hr tu, lpas kt tmudga je. tp, u xpnggil. dpt u laen. bkn cos pndidikan. sdih sgt. doakan fya dpt jd ckg mcm mama fi taw :)

    ReplyDelete