Tuesday, May 15, 2012

KERANA KITA TELAH MEMILIH MENJADI GURU



Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka bersedialah menjadi ibu dan bapa sepanjang hayat
Melayani sejuta permintaan, memujuk sejuta tangisan
Sedang diri terus menyala dalam siang dan malam
Di dalam gua gelita itu tetap menjadi lampu
Malah di mana-mana cahayanya menusuk dan menyebar
Ke dalam generasi diri

Kerana kita telah memilih untuk menjadi guru .....
Maka bersedialah menjadi kekasih sepanjang hayat
Mengasuh cinta dengan penuh airmata
Segala resah dan gelisah, gundah dan pasrah
Harapan demi harapan tidak kesampaian
Hasrat demi hasrat tidak juga langsai
Sementara yang berjaya tidak membalas kasih
Yang gagal memberi cemuhan

Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka bersedialah menjadi papa sepanjang hayat
Hanya berbahagialah dengan sejuta pengalaman
Kemahiran dan ilmu yang saling melengkapi
Kenangan melankolik dan nostalgik
Dalam kepuasan menunaikan ibadah
Melaksanakan fitrah

Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka bersedialah menjadi pejuang yang berani
Dengan falsafah pembangunan generasi
Di atas landasan menuju kecemerlangan
Dengan perpaduan yang utuh dan kegigihan berterusan dengan keikhlasan
Dengan keikhlasan dan kreativiti pendita
Membina keinsanan seimbang pewaris zaman

Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka bersedialah menjadi peneroka sepanjang hayat
Merintis jalan ke hadapan, menjana perubahan sejagat
Dan kemudian bersyukurlah
Selagi nyawa dikandung badan
 
Alhamdulillah ya Allah atas kurniaMu ini.
Jiss, dulu, kini dan selamanya.....

8 comments:

  1. Tersentuh hati saya bila baca nukilan mama ni. Mohon Share dlm Fb =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok eni blh aje... miss u all

      Delete
    2. bukan nukilan mama, tp dapat dari kawan2 tapi memang terkesan di hati

      Delete
  2. Selamat Hari guru JISS..............

    ReplyDelete
  3. Mak de, kome x sanggup nk pikul tgjwb tu. Sgt besar. Maka selepas 2 thn stgh, kome pun menarik diri. Skrg masih berusaha menjadi pendidik, tapi melalui buku2 teks, rujukan, activity books, workbooksn worksheets, bkn direct to students, insysAllah...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahun ni tahun ke 20 mak de mengajar dan masih lagi terasa seronoknya... tp apapun selamat berjuang anak sedara... hehehe

    ReplyDelete
  5. indahnya nukilan ini :D

    moga mama jadi guru yg sukses selalu :D

    ReplyDelete