Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka
bersedialah menjadi ibu dan bapa sepanjang hayat
Melayani
sejuta permintaan, memujuk sejuta tangisan
Sedang
diri terus menyala dalam siang dan malam
Di
dalam gua gelita itu tetap menjadi lampu
Malah
di mana-mana cahayanya menusuk dan menyebar
Ke
dalam generasi diri
Kerana kita telah memilih untuk menjadi guru .....
Maka
bersedialah menjadi kekasih sepanjang hayat
Mengasuh
cinta dengan penuh airmata
Segala
resah dan gelisah, gundah dan pasrah
Harapan
demi harapan tidak kesampaian
Hasrat
demi hasrat tidak juga langsai
Sementara
yang berjaya tidak membalas kasih
Yang
gagal memberi cemuhan
Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka
bersedialah menjadi papa sepanjang hayat
Hanya
berbahagialah dengan sejuta pengalaman
Kemahiran
dan ilmu yang saling melengkapi
Kenangan
melankolik dan nostalgik
Dalam
kepuasan menunaikan ibadah
Melaksanakan
fitrah
Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka
bersedialah menjadi pejuang yang berani
Dengan
falsafah pembangunan generasi
Di
atas landasan menuju kecemerlangan
Dengan
perpaduan yang utuh dan kegigihan berterusan dengan keikhlasan
Dengan
keikhlasan dan kreativiti pendita
Membina
keinsanan seimbang pewaris zaman
Kerana kita telah memilih menjadi guru .....
Maka
bersedialah menjadi peneroka sepanjang hayat
Merintis
jalan ke hadapan, menjana perubahan sejagat
Dan
kemudian bersyukurlah
Selagi
nyawa dikandung badan
Alhamdulillah ya Allah atas kurniaMu ini.
Jiss,
dulu, kini dan selamanya.....
Tersentuh hati saya bila baca nukilan mama ni. Mohon Share dlm Fb =)
ReplyDeleteok eni blh aje... miss u all
Deletebukan nukilan mama, tp dapat dari kawan2 tapi memang terkesan di hati
DeleteSelamat Hari guru JISS..............
ReplyDeletethanks...
DeleteMak de, kome x sanggup nk pikul tgjwb tu. Sgt besar. Maka selepas 2 thn stgh, kome pun menarik diri. Skrg masih berusaha menjadi pendidik, tapi melalui buku2 teks, rujukan, activity books, workbooksn worksheets, bkn direct to students, insysAllah...
ReplyDeleteAlhamdulillah tahun ni tahun ke 20 mak de mengajar dan masih lagi terasa seronoknya... tp apapun selamat berjuang anak sedara... hehehe
ReplyDeleteindahnya nukilan ini :D
ReplyDeletemoga mama jadi guru yg sukses selalu :D