Thursday, October 21, 2010

Aku cinta padanya kerana aku mencintaiNYA...


Semua ini ku titip dari SOLUSI isu 23
--- > Sejauh mana cinta kita kepadaNYA
---> Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa , harta dan kematian..

Mama hanya ingin berkongsi apa yang mama baca . Sesungguhnya dalam hidup kita , kita sentiasa mencari untuk yang terbaik buat diri kita di dunia mahupun di akhirat, insyaAllah. Pabila mama baca isu ini terasa kerdilnya diri mama dalam mencari cinta, mungkin cinta mama yang mama agungkan hanyalah seperti setitis air di lautan yang luas ini... Di mana pun tempat mama di sisinya pun mama sendiri pun tidak tahu, semoga waktu yang masih bersisa, kesempatan yang masih terluang mama masih dapat menumpang di bumiNYA ini bertanam untuk akhirat yang abadi, insyaAllah...

Isu SOLUSI kali ini mmg amat menyentuh hati mama... lalu mama titipkan sedikit apa yg mama baca:

----> karya PAHROL MOHAMAD JUOI

Apakah itu Cinta? Menurut Imam Al -Ghazali, cinta itu ialah kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri seseorg kepada sesuatu atau seseorang lain yang boleh memberi kelazatan, manfaat dan sangat serasi dgn fitrahnya. apa fitrah manusia? Setiap manusia sangat menyenangi kesempurnaan dan keindahan, justeru itu, siapakah lagi Maha Sempurna dan Maha Indah melainkan Allah. Kerana itulah hanya Allah yang layak menjadi tujuan kecintaan.
Firman Allah:"Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaanya kepada Allah" (Al-Baqarah2:165)

Kita wajib mencintai Allah kerana Allah paling mencintai kita, lebih dr sesiapa sahaja yang telah, sedang atau akan mencintai kita. Sesiapa sahaja yang mencintai kita hakikatnya Allah yang menjadikannya dan Allah jua yang menitipkan rasa cinta itu untuk mencintai KITA. ---> Segala rasa cinta yang diluahkan oleh manusia untuk mencintai manusia lain adalah bersumberkan cinta kepada Allah...

...... setiap manusia memiliki hanya satu hati, tidak dua , tidak tiga. Apabila cinta Allah telah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta dalam satu jiwa. apabila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah yang seiring subut dengan kejahatan dan kekejiannya.

....... ada manusia bernasib malang, lahir dibesarkan dan akhirnya mati dalam keadaan tidak menemui cinta sejati. Ada bernasib baik, tiba-tiba arus kesedaran melanda. Embun hidayah melimpah dengan tiba-tiba. Lalu tersentak dia bahawa cinta itu bukan cinta yang sejati, ada cinta lebih hakiki... Itulah kecintaan ke atas Illahi..

Maka kerana itu jugalah aku cinta padanya kerana aku mencintaiNYA
Semoga rahmat dan cinta Allah masih bersama mama....

No comments:

Post a Comment