Thursday, October 21, 2010

Cinta Allah (Pahrol Mohamad Juoi)


Mama membaca lagi.... Marilah kita sama-sama bermujahadah demi Cintakan NYA


Cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tak semudah yang disangka. Jalan menuju Allah ini dinamakan jalan mujahadah. Mujahadah - dari jihad- berjuang bersungguh-sungguh penuh kegigihan dalam mencapai keredhaan dan cintaNYA.


Musuh cinta Allah itu ada dalam diri kita... hawa nafsu dan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita selamanya. Pengabadian kita pada Allah ialah bukti cinta kita. Seperti pepatah Arab.."Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintainya". Imam Al Junid,"Tanda orang yang cintakan Allah adalah sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih dari mengingatinya".


Ibadah mesti didorong oleh hati bersih serta tidak dicemari riak dan syirik. Hati yang ikhlas menyebabkan amalan yang sekecil mana pun akan menjadi besar dan bernilai di sisi
Allah. " Dan seseiapa yang benar-benar bermujahadah di jalan Kami akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang melakukan kebaikan" (AlAnkabut 29:69)


Apabila Allah hadiahkan cintaNya, kita akan rasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya, maka terasalah kemanisan iman. Ianya berkait rapat dengan cinta. Rasulullah s.a.w bersabda, " Tiga perkara yang sesiapa ada nescaya dia memperolehi iman iaitu Allah dan RasulNya dia lebih cintai selain daripada kedua-duanya (Allah dan Rasul), dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekufuran(maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api,"(Riwayat al-Bukhari,Muslim dan lain-lain;hadis sahih)


Kemanisan cinta tertinggi ialah betemu kekasihNYA. Pertama; Bertemu ketika hidup ialah ketika solat. Solat - berkata-kata dengan Allah melalui zikir dan doa. Kedua; bertemu secara hakiki melalui kematian. Orang yang rindukan kematian dan bersedia untuknya adalah orang yang mencintaiNYA. Sabda Rasulullah s.a.w "Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya." (riwayat Muslim no.4845)

No comments:

Post a Comment